Wednesday, May 11, 2011

30 Amalan Yang Dilaknat (Sinopsis)


Kehidupan dunia yang sarat dengan pelbagai fahaman dan ideologi merosakkan telah menuntun umat Islam menuju ke lembah kehinaan dengan melakukan beragam amalan yang bukan sahaja dibenci oleh masyarakat, malah mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala.

Saban hari, umat Islam semakin menjauhi amalan yang telah ditunjukkan oleh peribadi mulia Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam sebagai panduan hidup di dunia.  Semakin leka umat Islam megejar impian duniawi, semakin terkebelakang nilai moral yang patut berjalan seiring dengan pembangunan material.  Tanpa jiwa yang mencintai Allah Subhanahu wa Ta`ala dan Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam dengan sesungguh-sungguhnya, amalan buruk sudah pasti menjadi darah daging umat Islam dan ini menjauhkan kita daripada memperolehi rahmat-Nya.

Semoga buku ini dapat dijadikan panduan oleh umat Islam agar menjauhi amalan yang dilaknat Allah Subhanahu wa Ta`ala seterusnya menjadi hamba yang dikasihi oleh-Nya, insya Allah.